PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang
bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan
rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini
mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan
konsep assessment for learning dan assessment of learning.
PBS
mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk
pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara
terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Komponen PBS terdiri daripada dua
kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada
Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan
akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).